Rabu, 2009 November 18

Rasuah je pun...

SYDNEY 18 Nov. - New Zealand semalam disenaraikan sebagai negara paling kurang rasuah, mengenepikan Denmark.


Indeks tahunan yang dikeluarkan oleh Transparensi Antarabangsa itu yang menyenaraikan 180 negara dibuat berdasarkan 13 tinjauan bebas menyenaraikan New Zealand menduduki carta teratas sebagai negara paling kurang korup dengan mencatat 9.4 mata, selepas berada di tangga kedua pada tahun lalu.

Denmark yang mendahului tangga pertama tahun lalu turun di tangga kedua dengan memperolehi 9.3 mata, diikuti Singapura dan Sweden di tangga ketiga berkongsi mata yang sama 9.2 mata dan Switzerland di tangga kelima mengutip 9.0.

Negara yang berada dalam senarai 10 negara paling kurang korup ialah Finland, Belanda, Australia, Kanada dan Iceland.

Britian berada di tempat ke-17, manakala Amerika Syarikat di tempat ke-19 dengan indeks 7.5 mata.

Negara-negara yang berada paling bawah dalam senarai adalah negara yang paling tidak stabil atau akibat kesan peperangan dan konflik berterusan yang telah menjejaskan sektor awam serta telah memusnahkan prasarana kerajaan.

Somalia menduduki tangga terbawah sebagai negara paling korup dengan memperolehi 1.1, diikuti Afghanistan 1.3, Myanmar 1.4 dan Sudan serta Iraq berkongsi di tangga yang sama dengan memperolehi 1.5 mata.

"Amalan rasuah yang berakar ubi dengan kuat memerlukan pengawasan serta tindakan oleh Parlimen, tindakan penghakiman yang tegas, dan sumber pengauditan yang baik dan agensi anti rasuah, pelaksanaan undang-undang yang baik, ketelusan dalam bajet umum, aliran pendapatan dan bantuan serta peranan media yang bebas dan masyarakat yang bertanggungjawab," kata Huguette Labelle, Pengurusi Transparansi Antarabangsa.

''Masyarakat antarabangsa perlu mencari jalan yang lebih berkesan bagi membantu negara yang terlibat dalam kancah peperangan bagi mengembang dan mempertahankan institusi mereka sendiri," katanya.

Lebih 130 negara dalam senarai itu memperolehi di bawah 5 mata. - Reuters
(Utusan OnlinE)


*********************************************************************************

Walaupun ini tinjauan dari barat, (mesti la bukan 100% tepat), tapi boleh dianggap 90% betul. Kalau SPM tu, 90% tu dah dapat "A" ke belum cikgu? Macam agak meriah jugak indeks ni. Negara teratas dan paling boleh dipercayai ialah New Zealand....paling bawah? Somalia.. apa la makna indeks ini ye? Ops, berita ini pun silap sebenarnya, bukan 130, tapi 180 negara yang berada dalam ranking.

Agak-agaknya Malaysia tersenarai nombor berapa ye bila tiba bab2 korupsi ni?

http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2009/cpi_2009_table

Khamis, 2009 Oktober 22

Salam Jumaat


Alhamdulillah, sekali lagi kita menempuh hari Jumaat.entah hingga ke penghujung entah tidak. Berusahalah bukan sekadar yang termampu, tetapi berusaha sedaya upaya. Yeah~ Selawat jom?

Khamis, 2009 Oktober 15

Allahu Akbar

Isnin, 2009 Ogos 24

Salam Ramadhan Al-mubarak...

Assalamualaikum warahmatullah. Insyaallah, hari ini iaitu hari keempat dalam bulan mulia, bulan Ramadhan akan ditempuhi. Rugilah jika kita tidak teruja, rugilah jika amalan kita masih biasa-biasa, cukup makan, kira bolehlah dan yang sewaktu dengannya. Saya sedang mencari, apa bezanya saya sebelum dan semasa Ramadhan, setakat mana amalan, terutama ibadah hati kepada Allah pada Ramadhan ini yang mungkin adalah hadiah terakhir buat kita, dan Ramadhan2 sebelumnya.

Teringat staf di pejabat yang menceritakan kejadian malang sepasang suami isteri yang dirompak di kawasan rumah Mawi, penyanyi (semoga kembali ke pangkal jalan), kira-kira 2 minggu yang lepas. Sementara kita berusaha memperelokkan diri, memperbaiki habluminallah dan habluminannas, masih ada lagi hamba Allah yang sudahlah tidak melakukan kebaikan, sempat pula merosakkan orang dengan tangan sendiri.

Rumah yang dicerobohi antara tengah malam ke pagi, oleh 4 orang perompak(dah tentu lelaki, sebab dalam Al-Qur'an pun sebut "pencuri lelaki" baru "pencuri perempuan"), sudah pasti mengejutkan pasangan tersebut. Apa agaknya perasaan perompak tersebut, jika isteri sendiri yang diperkosa secara bergilir-gilir oleh 4 orang lelaki (ye ke lelaki? fizikal je kut...) dan si suami hanya mampu melihat. Saya agak, mesti trauma ye tak? Penyakit betul. Kerana itu perlunya akhirat, hari perhitungan. Apa pun, semoga Allah memberi kekuatan pada pasangan itu. Ameen.

Kenapa saya tergerak nak tulis tentang ini? Wallahu'alam, saya cuma nak berkongsi apa yang saya tahu, dan kita haruslah fikir dan zikir untuk perkara-perkara yang berlaku. Semuanya datang dari Allah. Semoga walau apa pun ujian yang Allah campakkan, Allah hadiahkan juga bekalan sabar dan jalan keluar buat kita. Allah-bukankah Dia lebih dekat berbanding urat leher kita?



Syukran, selamat berpuasa~ ^_^

Rabu, 2009 Ogos 12

Di sini


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Harapnya masa kita semakin berkat. Tiada lagi 24 jam tanpa dapat berbuat sesuatu yang bermanfaat. Huhu, terkenang-bagaimanakah ahli ibadah dan ilmuan Islam zaman dulu boleh khatam Al-Quran setiap hari? Kalau dibandingkan dengan kita di zaman sekarang ni, bila hendak mengecas tenaga (tidur), teringat semula apa yang dah dikerjakan sehari-hari, macam jarang dapat capai perbuatan yang bermanfaat. Adoi~ selamat memperbaiki diri~Smile~

Selasa, 2009 Julai 21

Jaga diri~




















































Selasa, 2009 Jun 23

-BiDaDaRi PaDeRi-


Sewaktu saya dan seorang teman dari Machang menjelajah segenap pelusuk ruang legar di Pesta Buku Antarabangsa PWTC April lepas, entah kenapa buku ini menggamit saya untuk mencapainya di rak yang paling atas. (Mujur tangan saya sampai untuk mengambil). Tajuknya ringkas dan ada nada yang tegas namun mendamaikan. Bidadari Paderi.


Saiful A. Imam merupakan nama yang pertama kali terkesan di hati saya. Tidak ada salahnya saya cuba untuk meratah sebelum menghadam novel terbitan PTS Litera ini.


Watak utamanya Jauhar, merupakan pemuda yang hidup dalam masyarakat Minangkabau yang kuat memegang adat sewaktu berkembangnya gerakan Paderi sekitar tahun 1800-1830-an. Terma ‘paderi’ dalam novel ini sebenarnya membawa maksud ‘pendakwah’ dalam agama Islam. Di sinilah terjadinya pelbagai pertembungan antara adat yang kurang selari dengan agama dan ajaran agama yang hendak disebarluaskan sebagai satu-satunya cara hidup yang diredhai. Zaman ini juga merupakan zaman penentangan oleh golongan Paderi terhadap penjajahan kafir Belanda.


Jauhar yang yatim piatu sejak berusia 3 tahun tinggal bersama Gaek dan neneknya merupakan pemuda yang sentiasa diuji. Menyara hidup hanya dengan mencari kayu api dan menjadi guru mengaji di surau, Jauhar tidak menyangka hasrat hatinya yang terpendam untuk memperisterikan Nilam, teman sekampung yang sama-sama menjadi guru mengaji, hampir tercapai apabila dilamar oleh Imam Mudo, bapa saudara Nilam. Membaca novel ini lebih memberikan kefahaman bagaimanakan adat pepatih yang mengutamakan perempuan dalam sesebuah keluarga itu diamalkan.


Akibat dengki, Jauhar telah diserang oleh sekumpulan pemuda kampung seusianya lantas menyebabkan kematian salah seorang pemuda itu akibat kecuaian rakannya sendiri. Jauhar difitnah dan dibuang negeri lalu memilih Bukit Tinggi sebagai tempatnya memulakan hidup baru. Ujian yang lebih besar dihadapai apabila Jauhar didapati terlibat dengan kegiatan pengedaran ganja dan dijatuhkan hukuman gantung.


* * * * * * * * * *


Di tengah-tengah kebingungan itu, Jauhar menoleh ke belakag, melihat sekiranya ada orang lain yang tertinggal sepertti dia. Tidak ada seorang pun lelaki yang tertinggal. Yang ada hanyalah sekumpulan perempuan yang juga berjalan beriringan menuju ke arah cahaya di hujung jalan itu.


“Rafiah, emak,“ gumam Jauhar apabila mengenali dua orang perempuan dalam kumpulan itu. Jauhar melambaikan tangan memanggil kedua-duanya. Mereka berhenti sejenak dan mendekat.


“Rafiah, ke mana mereka nak pergi? Dinda hendak ke mana?“ tanya Jauhar ketika isterinya mendekat.


Rafiah berjongkok dekat suaminya yang masih duduk di atas tanah berdebu itu. Diambilnya tangan lelaki junjungan hidupnya itu lalu diciumnya penuh takzim dan dibawanya ke ubun-ubun.


“Kanda, mohon kerelaan hati kanda. Dinda mesti pergi bersama mereka. Panggilan dinda sudah datang. Hanya kerelaan hati kanda yang akan membuatkan dinda selamat dalam perjalanan ini.“



“Pergi ke mana Rafiah?“


“Kanda, mereka adalah para syuhada yang meninggal kerana berjuang di jalan Allah. Mereka dipanggil bagi mendapatkan janji Allah tentang syurga yang seluas langit dan bumi.“


“Dinda?“ tanya Jauhar dangan galau.


“Alhamdulillah, kanda. Allah juga memberikan anugerah itu kepada dinda. Dinda mohon kerelaan kanda. Kerana kerelaan hati suami adalah kunci ketenangan dan kebahagiaan dinda sebagai isteri.“


Rafiah kembali mencium tangan suaminya dan membawanya ke kepala. Matanya tampak berkaca-kaca.


“Jika begitu, biar kanda ikut sama,“ kata Jauhar dalam gusar.


“Kanda, takdir belum sampai kepada kanda. Kanda masih diberikan masa supaya terus berjuang. Semoga Allah menetapkan hati kanda supaya kita nanti bertemu dalam rahmat-Nya di akhirat.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 23:


“Antara orang yang beriman ada orang yang setia dengan janji mereka kepada Allah. Antara mereka ada yang syahid di jalan Allah dan ada pula yang menunggu. Dan mereka tidak mengubah janji mereka.“


“Rafiaaaaaaaaaaah! Rafiaaaaaaah!“ Jauhar berteriak sekuat hati apabila tubuhnya terasa semakin lemas. Rafiah berjalan jauh mengikuti ibunya dan kumpulan yang berjalan menuju ke arah cahaya di hujung jalan.....